Asid dan Alkali

Asid dan Alkali

 Terima Kasih utk Cikgu Hamzah...
Read more...

Bagaimana Cara Manusia Bernafas ?



Manusia menjalani beberapa proses hidup untuk manusia kekal hidup di dunia bersandarkan kepada empat keperluan asas (air, udara, makanan, tempat perlindungan).

Pernafasan Manusia

Manusia bernafas menggunakan hidung / mulut –> salur udara –> peparu .

Apabila menghembus nafas, udara keluar dari peparu –> salur udara –> hidung / mulut .

Read more...

Rantai Makanan dan Siratan Makanan


Rantai Makanan dan Siratan Makanan 
1.
Perhubungan makanan antara organisma hidup boleh ditunjukkan dalam bentuk:
 
(a)
rantai makanan.
 
(b)
siratan makanan.
2.
Rantai makanan adalah hubungan makanan antara beberapa organisma hidup secara linear.
3.
Gabungan beberapa rantai makanan disebut siratan makanan.
4.
Contoh rantai makanan.
 
 
5.
Semua rantai makanan bermula dengan pengeluar (tumbuhan).
6.
Pengeluar membina makanan secara fotosintesis.
7.
Tikus, ular dan helang ialah contoh pengguna.
8.
Pengguna yang memakan pengeluar disebut pengguna primer. Biasanya haiwan herbivor atau omnivor.
9.
Pengguna yang memakan pengguna primer disebut pengguna sekunder. Biasanya haiwan karnivor atau omnivor.
10.
Tenaga dipindahkan di sepanjang rantai makanan.
11.
Tenaga berasal daripada Matahari.
12.
Dalam kehidupan sebenar, hubungan yang lebih kompleks akan membentuk siratan makanan.



Read more...

Penyebaran Biji Benih

Penyebaran Biji Benih


1.Tumbuhan perlu membiak untuk kemandirian spesiesnya iaitu memastikan spesiesnya dapat terus hidup di bumi ini.

2.Salah satu cara bagi tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesiesnya ialah melalui penyebaran biji benihnya.

3.Cara tumbuhan menyebarkan biji benihnya.

4.Untuk penyebaran yang berkesan,struktur fizikal biji benih/buah disesuaikan dengan kaedah penyebarannya.

5.Antara penyesuaian ini ialah:

Cara Penyebaran
Penyesuaian Biji Benih / Buah
Haiwan
Buah berwarna menarik, harum/sedap dimakan
Biji benih keras, susah hadam
Angin
Biji benih halus, bersayap, ringan, berbulu
Air
Buah bersabut, kalis air, terdapat banyak ruang udara
Mekanisme letupan
Permukaan buah menjadi tegang apabila kering








                                             Mekanisme Letupan oleh Pokok Keembung






                                                    Penyebaran biji benih melalui angin









                                                                            Menarikkan?

*Jangan lupa tanya Cikgu jika anda masih tidak faham... ok!
Read more...

Keperluan Asas Benda Hidup


Keperluan Asas Manusia



Keperluan Asas Haiwan


Haiwan perlu tempat perlindungan

Keperluan Hidup Bagi Manusia dan Haiwan
1. Semua benda hidup mempunyai keperluan untuk memastikan kehidupan mereka.
2. Manusia dan haiwan akan mati jika keperluan hidup mereka tidak dipenuhi dalam jangka masa yang lama.
3. Keperluan hidup bagi manusia dan haiwan ialah :-
  a) Makanan
  b) Air
  c) Udara(Oksigen)
  d) Tempat berlindung


Makanan
1. Manusia dan haiwan memerlukan makanan untuk :-
a) Pembesaran
b) Membaiki tisu rosak
c) Mendapatkan tenaga
d) Pertahanan dari serangan penyakit
e) Membekalkan haba bagi memastikan badan sentiasa kekal dalam suhu yg sesuai


2. Manusia dan haiwan tidak boleh membuat makanan sendiri.Oleh itu manusia dan haiwan mendapatkan makanan daripada haiwan lain atau pun tumbuhan
* 3 jenis pemakanan 
( haiwan yg memakan haiwan lain )* Karnivor
( haiwan yg memakan tumbuhan )* Herbivor
( haiwan yg memakan tumbuhan dan haiwan lain )* Omnivor


Air/Minuman
1. Air adalah satu keperluan yang penting bagi manusia dan haiwan
2. Manusia dan haiwan memerlukan air untuk :-
a) Mengekalkan suhu badan
b) Mengangkut makanan yg telah dicernakan
c) Membantu pembuangan sisa kumuh
d) Diperlukan dalam pengedaran darah


3. Manusia dan haiwan akan mati jika tidak mendapat air yg secukupnya dalam tempoh masa yang lama.


Udara/Oksigen
1. Udara/Oksigen adalah keperluan yang paling penting dalam kehidupan.
2. Tanpa udara/oksigen manusia dan haiwan akan mati dgn cepat.
3. Manusia dan haiwan memerlukan oksigen untuk bernafas.


Tempat berlindung
1. Tempat perlindungan diperlukan oleh manusia dan haiwan untuk :-
a) Melindungi dari bahaya
b) Panas matahari
c) Hujan


2. Jenis jenis tempat perlindungan
Manusia
a) Pondok
b) Rumah panjang
c) Flat
d) Banglo
e) Teres


Haiwan
Haiwan mempunyai tempat perlindungan yang berbeza.
a) Sangkar :- Burung, Hamster
b) Sarang :- Burung, Lebah, Tebuan, Semut
c) Lubang :- Cacing, Tikus, Arnab
d) Gua :- Kelawar, Beruang
e) Terumbu :- Ikan, Ketam


Keperluan Asas Tumbuhan

Keperluan Asas Tumbuhan
a) Air
b) Udara (Karbon Dioksida)
c) Cahaya Matahari

*Tumbuhan tidak membuat makannya sendiri... ia mendapatkan makanan melalui proses yg dinamakan "FOTOSINTESIS"..... Jom tengok video di bawah... Sila tanya guru sains di sekolah jika tidak faham atau kurang jelas....


Proses Fotosintesis
Read more...