Mikroorganisma

Mikroorganisma

Apakah itu mikroorganisma?
1. Mikroorganisma adalah benda hidup yang kecil dan hanya boleh dilihat struktur nya melalui Mikroskop
2. Terdapat 4 jenis mikroorganisma yang perlu diketahui dalam topik ini iaitu :-
  a) Bakteria
  b) Virus  * virus dikatakan bukan benda hidup tetapi masih digolongkan dalam kategori mikroorganisma.
  c) Fungi
  d) Protozoa
3. Mikroorganisma boleh ditemui dimana-mana sahaja, air, udara, tanah dan dalam benda hidup.

Contoh mikroorganisma :

Phylum Protozoa : Source : www.tutorvista.com


Jom tengok bakteria....


Bakteria



Fungi dan Roti


Fungi


Bagaimana virus menyerang?


Virus

Kenapa Mikroorganisma dikelaskan sebagai benda hidup?
a) Membesar dari segi saiz
b) Memerlukan sumber makanan untuk hidup
c) Membiak
d) Mengeluarkan bahan kumuh/sisa buangan
e) Bernafas

Sebagai contohnya : YIS

Yis bernafas dengan menyerap gas oksigen dan membebaskan gas karbon dioksida ( O---> CO)
Yis membiak dengan menghasilkan sel baru.
Yis juga perlukan makanan untuk terus hidup.


Mikroorganisma membesar.
Mikroorganisma dikelaskan sebagai benda hidup kerana mereka membesar dari segi saiz dan jumlah bilangan.

Contoh : Pembesaran fungus boleh diperhatikan pada permukaan roti yang rosak.

Pergerakan Mikroorganisma

Mikroorganisma bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Contoh : Titiskan air kolam di atas slaid dan perhatikan dibawah mikroskop, kita dapat lihat pergerakan mikroorganisma didalam air kolam.

Kebaikan dan keburukan mikroorganisma

Kegunaan :

1. Industri Makanan :-
a) Pembuatan Tapai, Roti, Tempe, Penapaian.

2. Industri Pertanian :-
a) Digunakan untuk menguraikan haiwan dan tumbuhan serta bahan organik lain untuk menghasilkan baja.

3. Industri Perubatan :-
a) Digunakan dalam ubatan dan mengawal jangkitan penyakit.

Bahaya :

Sesetengah mikroorganisma boleh memberi kesan buruk kepada manusia.

Bakteria : Keracunan makanan, Sakit perut, Gigi reput, Sakit mata.
Fungi : Thrush, Tinea
Protozoa : Malaria
Virus : Demam,Batuk,Beguk,AIDS,Polio,H1N1,Campak

Jangkitan Penyakit

1.Sesetengah penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma boleh tersebar dari satu pesakit kepada pesakit yang lain. Penyakit ini dipanggil penyakit berjangkit.

2.Terdapat pelbagai cara penyakit ini tersebar.
a) Haiwan :- Malaria, Demam denggi, Kolera
b) Titisan air :- Demam, Selsema, Batuk kering, Campak
c) Makanan dan Air :- Kolera, Hepatitis A,
d) Sentuhan :- Tinea, Ringworm
e) Cecair badan :- AIDS,Hepatitis B


Cara mencegah penyebaran penyakit berjangkit.

Cara :
1.Menggunakan Haba : Pemanasan dan pendidihan
2.Menggunakan Kimia : Membasuh dan merawat luka
3.Elakkan Sentuhan Terus : Melindungi makanan, kuarantin pesakit

2 ulasan:

nurul ain suhadah berkata...

Dua contoh mikroorganisma dan fungsinya

nurul ain suhadah berkata...

Dua contoh mikroorganisma dan fungsinya