Bergerak balas Terhadap Rangsangan

1.    Semua benda hidup termasuk tumbuhan dan haiwanboleh bergerak.
2.    Pergerakan tumbuhan berbeza daripada pergerakan haiwan.
3.    Pergerakan tumbuhan melibatkan bahagian tertentu tumbuhan sahaja contoh pucuk dan akar.
4.    Sesetengah daun tumbuhan contoh ;semalu ,menguncup apabila disentuh.




5.    Pergerakan terhad tumbuhan juga dikenali sebagaigerak balas terhadap rangsangan.
6.    Tumbuhan bergerak balas terhadap berbagai rangsangan seperti cahaya matahari, air, graviti, suhu dan sentuhan .
7.    Pucuk bergerak ke arah cahaya matahari manakalaakar bergerak ke arah tarikan graviti.
8.    Sulur paut tumbuhan seperti kacang panjang bergerakbalas terhadap sentuhan.
9.    Pergerakan tumbuhan juga adalah perlahan dan tidak ketara.
10.  Tumbuhan bergerak untuk
  • Mendapatkan cahaya matahari
  • Mendapatkan air
  • Mendapatkan sokongan














ooooooo
11.  Pergerakan haiwan lebih ketara berbanding tumbuhan dan ianya melibatkan keseluruhan badannya.
12.  Haiwan bergerak untuk
  • Mencari makan
  • Melarikan diri daripada musuh
  • Mencari pasangan untuk tujuan pembiakan
  • Mencari habitat yang sesuai untuk hidup dan membiak
13.  Terdapat pelbagai cara pergerakan haiwan.

Contoh Haiwan dan Cara Pergerakan 


Kura-kura

Kanggaru
Cara pergerakan :
Merangkak
Penyesuaian :                   
Berkaki pendek
Badan rapat dengan tanah
Cara pergerakan :
Melompat
Penyesuaian :                   
Kaki belakang lebih panjang dan berotot kuat

0 ulasan: